Thursday, March 26, 2009

Tersedar aku dari lamunan..

Semasa aku melawat blog salah seorang dari follower aku, terlihat aku satu blog yang menyedarkan aku tentang banyak perkara. aku kini sedang mempelajari dan mendalami agama.. semua ini bermula sejak ake sedar yang sesungguhnya aku hidup di dunia ini mmg ada saja yang setia di samping ku.. TETAPI HAKIKATNYA KITA SENDIRI.. namun apabila aku jatuh tersungkur, ketika aku cuba bangkit dari kegelapan itu, aku terlihat ada satu cahaya yang benderang.. Walaupun cahaya itu hanya menunjukkan cahayanya tanpa membimbing aku utk terus melangkah bersamanya, namun aku tidak berputus asa.. ilmu itu seluas mata memandang.. ilmu yang ada pada kita hanyalah ibarat setitik air di lautan yang luas.. maka tuntut lah ilmu itu selagi terdaya..

bak kata seseorang yang selalu menasihati aku, "afa.. islam tu mudah"..
insan ini bernama ali amran.. berasal dari bagan dato' perak.. aku sudah dalam 3 bulan kenal dengan dia.. dia orang yang paling baik pernah aku kenali.. tanya saja tentang ape sekalipum mengenai agama, pasti dia akan memberikan jawapan dan memahamkan aku yang x paham ni.. x pernah jemu.. x pernah mengeluh.. if dia x tau benda tu, dia akan mintak masa utk dia bertanya kepada orang yang lebih arif.. tapi, persoalan yang aku ajukan pasti ada jawapannya.. dia selalu bertanya tentang hari2 aku di sini.. walaupun kami jauh.. jika aku berahsia, mula lah dia nk start ceramah agama dia tu..

pernah dia berpesan yang " afa, setiap perkara yang berlaku di dalam dunia ni mesti ada sebab.. ia terjadi melalui 3 cara..
1)dengan sebab
2) tanpa sebab
3)berlawanan sebab.

jd jangan cakap kat abg yang x de ape2.. so, if da kene ceramah mcm tu aku pn terus terang la dengan ape yang dah berlaku.. dia seorang teman, sahabat, rakan dan suami yang baik.. hehe.. in future la.. if dengar dia azan mmg sedap.. mengaji ape tah lagi??

di sini aku nk kongsi cerita yang aku baca dari blog follower aku yang sangat2 menarik perhatian aku.. walaupun kita melakukan amal yang kecil, sesungguhnya jika kita ikhlas, ganjarannya adalah berlipat kali ganda..

sama2 kita renungi bersama..

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Dengan kisah yang dikemukakan ini, diharap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.

insyaallah..

No comments:

Post a Comment